Jun 29, 2012

so sweet... ^_^

 
 
 
 
Saya tak akan jadi suami yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik.

Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.
...
Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah
 
Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.

Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)

UWAIS AL-QARNI TIDAK DIKENAL DIBUMI TERKENAL DI LANGIT.

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: "Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.

Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman , dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu , carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W:

"Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni , ya Rasulullah?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W , Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah , akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar , tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam , Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak , badannya putih , yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak , dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.

 

 

beliau nak bawa ibunya pergi mekah.....nak dukung ibunya sendiri pergi mekah tunai haji.... sebelum tu beliau berlatih angkat binatang peliharaannya naik turun bukit.... orang ramai mentertawakannya.... dia dianggap gila dan tak waras...hanyalah seorang pengambala kambing yang kesunyian, ditinggalkan dan dihina masyarakat....tetapi Allah merahmati beliau.... disebut namanya harum di langit....kasih sayang Allah melebihi logik akal dan pemikiran manusia....kasih sayang Allah melebihi darjat dan mata manusia.... subhanallahh....