Feb 25, 2011

:...:addicted:...:


entry rni sal adddicted to pixa...!!
hehehe...
emmm....
xtau nk membebel pe...
jz layan je la ngn pix2 ni....
zasss~~~







model : wati n mujen
photo by : aunie
edit by : mujen




model : watip
photo by : mujen
edit by : mujen




model : aunie
photo by : mujen
edit by : mujen



tu je la pix yg da di edit oleh cik mujen...
yg len2 ni plak pix yg di 'tangkap' semasa jln2 kt mlk..
take a look...
zasss~~~


















































haa...fuhhh...pnat gler tgu nk upload pix2 nie.....
ok that's all...
nie la pix2 yg di 'angkat' by mujen & aunie... ^_^
x pkai camera mhal2 pn...
jz camera hp je tau...hee~~ 


enjoy it!!



















Feb 17, 2011

...pochong...

actually pix ni da lme da..klo x clap mse aunie sem 3..


juz for fun...





4 expression yg b'beza..
(cnyum,marah,cdey,kompius)






hahaha...mke watip x ley blah...
jd kowt...plg slumber la...



a moment to remember....





auk!!

title tok entry rni cm cute je bunyi die..hihihi...

klo kowg nk tau..'auk' 2- bunyi seperti anjing menyalak..

cte d'sbalik 'auk' 2 cmni cte die...





smlm rozi ngn za (my housemate) men teka silang kata kt dlm paper METRO..
then, hint tok kotak no.11: bunyi seperti anjing menyalak..
puas la ktowg pk pe la nk isi dlm kotak 2..
depan huruf 'a'..blakang huruf 'k'..
tbe2 za bunyi 'auk'... (comel je za bunyikn)

aunie ngn rozi gelk2 dgr smbl uat bunyi cm za uat 2..

auk..



auk..



auk..

cbe korg uat...comel kn??hee...
pas2 ble da hbis isi sume kotak kire ktowg da puas aty la...
siap ckp.."kte tgu jwpn 2 sok..yg pntg sokln no.11.."(smbl gelk2..hahahahaha)



*







*







*





maka keesokan ary nye...pg2 lg rozi da pesan kt aunie..
"aunie egt kn ak bli paper rni.."
"auk! hahahaha"

hbes je klas ktowg pn mnju la ke kedai..
kdai 1st xde paper METRO plak...
kdai 2nd bru de..tnpa tgk tjok dpn rozi amek tros g byar...
pas byar tros je ktowg ber-2 tgk bhgian blkg2.. (cm nk tgk no. eko je..)
mencari2 teka silang kata..hahaha...
dgn hati yg dup dap dup dap...smbl tgn mngigil2...

zapp...jumpa!!!


ahhhhhahahahahahahahaha~~
2 la 1st expression rozi...
smp sume kt c2 t'kjot..owg yg dlm kdai pn t'tinjau2...
auuww...mlu nye aunie dok sblh...
but dlm mse yg sme aunie pn gelak gak...
hahahaha....
guest what???









jwpan 'auk' 2 btol...tepat tekaan za...
hahahaha...
auk...auk...
nmpk nye lekat la nme auk 2 ngn za pasni...(jgn mrah erk za...)




(mampos aunie kne marah klo za tau ni...)


= end =







Feb 16, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Emm..ary nie aunie nk story about kwn2 aunie slame aunie idop 20 taon ni..
kwn2 nie bkn kwn2 biase tau...
dieowg ni la SAHABAT aunie x kre mse aunie senang or susah...
thanks so much my fwen...
pe erk owg pgl??

BFF?

..."best freind forever"...

*highlight cket..bg nmpk 2..best freind forever erk SAHABAT2ku...heee~~ ^_^

now let's we see my BFF..

calon2nya...

*






*







*











this is my bff from SMK MUNSHI ABDULLAH...
 


huhuhu..pic old school...
ni plak bff mse kt SMT BUKIT PIATU...



alorr..dis pic blurr la plak..ni kne salah kn nad ea fan2..
both of this crazy gurl...hee..
my bff mse kt JOHOR MATRICULATION COLLEGE..


and this is 2 bff dats bcoming staff nurses...yg cute miut...
ngeee... ^_~
dieowg ni aunie knl kt UNIVERSITY COLLAGE SEDAYA INTERNATIONAL (UCSI)... 

2 la BFF aunie..walopn aunie jaoh ngn kowg..tp aunie ttp egt kowg smp ble2 okeii...

chayunk kowg sgt9...

klo ley nk sgt jmp kowg..staon skali pn jd la...

 take note erk tok bff yg aunie lom b'kesmptn nk jmp 2  

(ms.elly, ms. nisa, ms.nad and mis. fan2)
 
for yg da uat getherg 2...jgn lpe tiap2 taon pn ktew uat tau...

insyallah...

luv korg sgt9....


 
 
 
 
 
 

Feb 12, 2011

saling ingat-mengingati..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar
ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari
ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat berhubung dengan-Nya
setiap saat!!!

Anda hanya perlu meminta bila-bila saja dan Dia Maha mendengar
anda. Kerana bila meminta dengan Allah, tidak akan pernah mendapat talian
sibuk. Allah menerima setiap permintaan dan mengetahui siapa
pemanggilnya secara pribadi. Kerana Dia Maha Mengetahui Setiap Sesuatu

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor
ini :
28443483

2 rakaat : solat Subuh
8 rakaat : solat Dhuha ( sunat –sekukurangnya 2 rakaat )
4 rakaat : solat Zuhur
4 rakaat : solat Asar
3 rakaat : solat Maghrib
4 rakaat : solat Isya
8 rakaat : Solat Tahajjud atau lainnya
3 rakaat : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul
Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari
setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana
tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih
laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari
esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan

menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.



Amin....

Wassalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Peringatan untuk aunie...





Usah Berduka...


1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda. sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan ALLAH, mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.

3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan, dan memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-khayalan buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

La Tahzan... -_-





"Setiap kali kami munuliskan huruf-huruf suci tentang kemegahan-Mu, segenap jiwa turut bersenandung 'Engkaulah Yang Maha Mulia' dan segala makna akan cair di depan kemuliaan-Mu, oh Tuhanku"

"Justeru Ya Allah, gantikanlah keresahan ini dengan kedamaian, gantikan kedukaan dengan kegembiraan, dan ketakutan dengan keamanan."

"Ya Allah, sejukkankan gelora di hati dengan salji keyakinan, dan padamkan bara di jiwa dengan air keimanan."

"Oh Tuhan, anugerahkan pada mata yang tak mahu lelap merasa mengantuk yang mententeramkan, dan letaklah di atas jiwa yang bergolak ini kedamaian, dan ganjarkanlah dengan kemenangan yang nyata."

"Oh Tuhan, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu."

"Ya Allah, lenyapkanlah keraguan dengan fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan jahat dengan falak kebenaran. Tumpaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentara-Mu."

"Ya Allah, lenyakanlah dukacita kami, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua."

"Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong."

Doa untuk kesedihan yang mendalam...



emm...ri khamis lpas..mase aunie g opis k.ngah..
aunie nmpk de bku doa..then aunie mntk pnjm kt k.ngah..
tibe2 aunie jmp plak doa ni..
aunie pn salin la kt dlm 1 paper..
and msok kn dlm blog ni..
ley gak aunie kongsi2..









لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ

 السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ

“Tiada Tuhan yg berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yg berhak disembah selain Allah Tuhan yg menguasai arasy yg Maha Agung. Tiada Tuhan yg berhak disembah selain Allah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai 
arasy lagi Maha Mulia.” (H.R Bukhari)



 اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ 

أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan rahmatMu oleh krn itu jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata . Perbaikilah seluruh urusanku tiada Tuhan yg berhak disembah selain Engkau.” 
(H.R Abu Daud)


 لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yg berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yg zhalim.” 
(H.R Tirmidzi)


 اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dgn sesuatu.” 
(H.R Abu Daud)

Sini Ada Hantu...


best2...klakar..aunie smp t'bgon2 gelk..
klo 5 star..auni bg 4 star kot...
hihihihi...
but..


*


*


*

something yg de dlm aty ni...
xtau nk luah cmne...

Ya Allah sesungguh-Nya Engkau Maha Mengetahui...
Hanya pada Mu aunie memohon...
berikan aunie ketabahan dan kesabaran menempuhinya...
amin~~~

Feb 9, 2011

ke mana arah ku??




Terperangkap aku di persimpangan ini,
Termangu-mangu diri ini
Ke mana harusku melangkah pergi
Kupandang kanan kupandang kiri
Kemana harus kumelangkahkan kaki
Lorong mana harus kuredahi
Di hadapanku lorong-lorong penuh onak duri
Keliru dan takut menyelubungi diri,
Setapak kumelangkah pasti tertusuk duri,
Bisanya menular merana diri
Namun, terpaksa jua kumelangkah pergi
Meneruskan sisa perjalanan hidup ini

Ya Al Haadii, kupohon petunjukMu Ilahi
HambaMu takut hambaMu terkhali
Khuatir terkhilaf membuat solusi
Lantas menerbit murkaMu dan sengsara diri
Tiada kutahu ke mana harus pergi

Kutadahkan tangan memohon pimpinan Ilahi
Jangan biar takut dan rasa hati menguasai
Jangan biar keinginanku mengatasi petunjukMu Rabbi
Tunjukkan hambaMu lorong mana harus kuredahi
Kupohon pilihan dengan ilmu dan kekuasaan Ilahi
Pilihan Ilahi bukannya pilihan insani
Biarpun di sisi insan derita menanti
Tumbuhkan keyakinan untuk kuharungi
Lorong kuredahi pilihan Ilahi

Andaiku takut untuk melangkah kaki
Tuntunlah hambaMu doronglah hambaMu ini
Berilah aku kekuatan diri
Andai kutakut sakitnya tertusuk duri
Kirimkan untukku nurbisa hati
Agar kukebal dan gagah meredah lorong ini

Andai tiada siapa sudi menemani
Cukuplah As Shomad menemani diri
Sepanjang perjalanan tidak kusendiri

Andai kegelapan menyelubungi
Kirimkan untukku nur menerangi
Menyuluh lorong untukku redahi

Andai iblis berbisik minta kuundur diri
Kirimkan untukku keyakinan untuk majukan diri
Teguhkan pendirianku seumpama Sumayyah pertahan iman di hati

Kuingin tersenyum biarpun tertusuk duri
Di hujung lorong bahagia menanti
PilihanMu Ilahi terbaik duniawi ukhrawi
Tiada kusesal walau sekali
Kuyakin janjiMu tidak dimungkiri
Ya Rahman bahagiakan diri ini
Dengan pilihan yang Kau beri..
Bahagia hakiki di alam syurgawi

* mse aunie ngah cri2 pic tbe2 plak t'bce ni...smoga jd pnduan tok aunie.. amin~~~

:. angin lalu .:

"Bangunkan aku dari mimpi ini...Supaya aku terjaga dari tempat yang gelap dan penuh kepedihan ini...

Atau...

Biarkan aku terus tidur dan hidup dengan penuh kelukaan...Biarkan aku terus menangis..."



Feb 7, 2011

Hati dan Akal Bicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia.Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
Duhai hati...bersabar la..